Awal hidup dan pendidikan Pierre_Trudeau

Pierre Trudeau lahir di Montreal pada 18 Oktober 1919.[1] Beliau anak kedua dalam tiga adik-beradik kepada Charles-Émile "Charley" Trudeau, seorang ahli perniagaan dan peguam penutur bahasa Perancis, dan Grace Elliott, seorang kelahiran kacukan Perancis dan keturunan Scotland. Keluarga mereka berasal dari Ste-Marguerite-de-Cogne, La Rochelle, Perancis melalui Etienne Trudeau (1641-1712), seorang tukang kayu dan pembina rumah di 1659.[2] Ayahnya bekerja sebagai seorang pengelola stesen minyak untuk syarikat Imperial Oil; kekayaan yang dibawa hasil pekerjaan ini membolehkan Charley menampun persekolahan Pierre di sekolah swasta Jesuit iaitu Kolej Jean-de-Brébeuf. Bapa Trudeau meninggal dunia apabila Pierre berada di pertengahan remaja. Kematian ini memukulnya dan keluarga sangat keras emosi. Pierre kekal sangat dekat dengan ibunya untuk sepanjang hidupnya.[3] Trudeau memperoleh ijazah undang-undangnya di Université de Montréal pada tahun 1943.

Di sekolah Kolej Jean-de-Brébeuf berputiknya sokongan beliau terhadap kemerdekaan Quebec; malah, persekitaran pendidikan di sekolah tersebut turut mendedahkan para penuntut di sana terhadap rejim-rejim luar negara dipengaruh para agamawan (terutamanya Sepanyol rejim Franco, Portugal rejim de Oliveira Salazar dan Perancis rejim Philippe Pétain). Namun, Trudeau memilih jalan sendiri sebagai seorang "pemberontak intelektual, pejuang anti-establishmen menyokong kesatuan sekerja serta penggalak kebebasan beragama"; maka beliau merantau meninggalkan Quebec untuk belajar di luar negara termasuk Amerika Syarikat, Perancis dan England - di sana juga beliau mengkaji falsafah agamawan progresif Katolik seperti Jacques Maritain dan Emmanuel Mounier, serta pemikir dunia lain seperti John Locke dan David Hume.[4]